Sehubungan itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati semasa melalui kawasan yang terjejas itu.

Katanya, para pekerja di bawah kontraktor jajaran terlibat dan pasukan pengurusan trafik bersedia membuka jalan-jalan yang dilanda banjir sebaik sahaja air surut.

“Berhati-hati apabila memandu di kawasan terlibat, ikut tanda arah dan pandu perlahan untuk sampai ke rumah bertemu insan tersayang,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sejak petang tadi, ratusan kenderaan terpaksa berpatah balik atau menggunakan laluan alternatif apabila beberapa jalan di bahagian Sibu dan Bintulu mengalami tanah jerlus serta dinaiki banjir selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Antara laluan dinaiki air sedalam kira-kira 1.2 meter ialah Kilometer (KM)123 dan 95 KM, Jalan Sibu-Bintulu menyebabkan dua bandar utama itu terputus hubungan di antara satu sama lain. - UTUSAN ONLINE