Menteri Utiliti negeri, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, SARES merupakan pendekatan inovatif menggunakan model kerjasama antara kerajaan dan komuniti.

Katanya, di bawah skim itu, pelaksanaannya adalah mengutamakan sistem alternatif melibatkan solar dan teknologi hidro mikro bagi penduduk pedalaman.

"Sasaran kita (kerajaan negeri) adalah mahu 100 peratus penduduk Sarawak mendapatkan bekalan elektrik menjelang 2025.

"Namun, usaha merealisasikan matlamat itu berdepan dengan cabaran kerana kerana 45 peratus penduduk negeri ini tinggal berselerak di kawasan pergunungan, sungai, hulu sungai dan pesisir pantai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SARES diiktiraf di bawah kategori kerajaan Afrika, Asia dan Amerika Latin pada Anugerah ARE 2018. - UTUSAN ONLINE