Law Poh Kiong
Law Poh Kiong 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata IAP itu ialah untuk kegunaan penduduk di kawasan dilalui SSGP di Sarawak sahaja melibatkan komuniti Kayan, Kenyah, Penan, Kelabit, Berawan, Lun Bawang, Saban dan Iban.

"Antara akan dilaksana ialah mengenal pasti lokasi untuk program keselamatan kebakaran di kawasan Ulu Baram pada 2019," katanya di sini hari ini, sambil menambah ia adalah hasil kerjasama dengan bomba, Petronas dan agensi kerajaan berkaitan.

Law berkata setakat ini jumlah perkampungan di Sarawak dan Sabah yang dikenal pasti di sepanjang laluan SSGP ialah 148 kampung, rumah panjang serta estet ladang kelapa sawit dengan anggaran populasi 10,000 orang.

Untuk rekod, SSGP sepanjang 512km itu mengangkut gas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak untuk diproses menjadi gas asli cecair (LNG) di Komplek LNG Petronas sebelum dieksport. - BERNAMA