RAZIM MOHD. NOOR
RAZIM MOHD. NOOR 

“Siasatan masih belum ‘complete’ (lengkap), tetapi dah lebih 50 peratus kita dah siapkan. Beberapa faktor seperti yang terlibat tidak ada di Sarawak atau orang yang kita nak dapatkan maklumat lanjut tidak berada di sini menyebabkan siasatan masih berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Bersama Media di Pusat Informasi Islam (IIC) di sini hari ini.

Pada September lalu, sebuah akhbar nasional melaporkan gudang ayam itu beroperasi secara haram dengan menyeludup kepak ayam dari negara jiran yang mana penyembelihannya diragui dan dipasarkan di Sarawak serta Sabah.

Sementara itu, mengulas mengenai siasatan pembelian sebuah pesawat DA424M-NG Diamond bernilai RM35 juta oleh Jabatan Hutan Sarawak, Razim berkata siasatan kes tersebut masih lagi dilakukan.

“Saya tidak boleh komen sangat, tetapi apa yang saya boleh beritahu kes tersebut dalam siasatan SPRM Ibu Pejabat, ada pasukan telah pergi ke luar negara (negara jiran) untuk melakukan siasatan,” katanya.- BERNAMA