Gilbert sebelum ini merupakan Ketua Polis Balai Batu Niah, Miri. Beliau menerima tugasnya secara rasmi daripada ASP Omar Anis pada majlis Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek di Ibu Pejabat Daerah Kuching.


Ng Ah Lek berkata, ketua polis balai memainkan peranan penting dalam mengawal tadbir kawasan yang telah diamanahkan.


"Ingat peranan sebagai polis yang sentiasa menjaga tingkah laku, proaktif dan cekap dalam menyumbangkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.


"Integriti yang meliputi semua aspek juga harus diutamakan,seorang pegawai yang beritegriti tinggi akan memerintah dengan baik, menolak rasuah serta tidak terlibat dengan salah laku kuasa agar segala urusan kepolisian berjalan dengan lancar, seterusnya menaikkan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat," katanya.


Beliau turut memuji Omar atas kecemerlangan beliau yang berjaya menurunkan indeks jenayah di kawasan tersebut selama berkhidmat sebagai Ketua Polis Balai Gita. - BERNAMA