Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri Kapten Md Fauzi Othman berkata, Awangku Azman Abd Razak, 51, serta Mohammed Aman Riduan, 39, telah ditemui di lokasi 43 batu nautika dari Kuala Sungai Miri oleh kapal Sealink Vanessa yang melalui lokasi tersebut.

"Kedua-dua nelayan berada dalam keadaan selamat manakala bot yang digunakan dengan nombor pendaftaran SF3-1232 mengalami kerosakan enjin dan bateri," katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.


Fauzi berkata, kedua-dua nelayan tersebut telah dibawa balik menggunakan bot Penyelamat 9 APMM Miri ke Jeti Marina Bay di sini dan pemilik bot tersebut sedang menunda balik bot yang rosak itu.


"Pada 15 Jan, kedua-dua nelayan itu ditugaskan untuk menghantar bekalan makanan ke Kapal MK4 di lokasi 66 batu nautika dari Kuala Sungai Miri dan sepatutnya balik selepas menghantar makanan pada pukul 12 tengah malam namun gagal dihubungi," katanya lagi. - BERNAMA