Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima laporan kejadian kemalangan itu pada pukul 1.36 tengah hari ini dan segera mengerahkan pasukannya yang terdiri daripada tujuh anggota diketuai komander operasi Mahda Mos ke tempatan kejadian.

Tiong berkata, menurut laporan komander operasi, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati seorang mangsa lelaki, iaitu pemandu Toyota Hilux yang hanya dikenali sebagai Joshua Jelingga, 27, didapati tersepit di dalam kenderaan berkenaan dan sudah tidak bernyawa.

Katanya, terdapat lima orang dalam kereta Perodua Myvi terbabit dan seorang daripada penumpang wanita, Kiung Ming Kin, 51, mati di tempat kemalangan, manakala empat yang lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Mereka yang cedera telah di bawa ke Hospital Seratok menggunakan ambulans hospital, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - BERNAMA