Reptilia sepanjang kira-kira 1.8 meter ditangkap oleh lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong pada pukul 12.05 tengah hari.

Pegawai Perhubungan Awam APM Sarawak, Hafizul Samah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan buaya itu pada pukul 11.10 pagi daripada pemilik rumah berkenaan.

Katanya, sejurus menerima panggilan itu, sepasukann lima anggota APM Betong bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 11.43 pagi.

“Sebaik sahaja tiba, anggota APM mendapati buaya terbabit masih berada di belakang rumah berkenaan.

“Anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap reptilia itu dengan memasukkan tali ke dalam rahangnya sebelum menutup kepala buaya berkenaan menggunakan guni dan mengikat kakinya dnegan tali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hafizul berkata, buaya tersebut tidak bertindak agresif ketika anggota APM menangkapnya.

Katanya, reptilia itu kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) untuk tindakan lanjut.-UTUSAN ONLINE