Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan, setakat pukul 8 pagi ini, sudah ada 1,419 keluarga ditempatkan di 31 pusat pemindahan di seluruh negeri ini.

Katanya, sembilan pusat pemindahan dibuka di bahagian Samarahan bagi menampung 534 keluarga dan 1,857 mangsa daripada 20 kawasan yang terjejas.

“Di Serian, terdapat 15 kawasan termasuk Kampung Slabi Plaman dan Sorak Melayu turut ditenggelami banjir memaksa 1,564 penduduk daripada 459 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan.

"Sementara di Sri Aman hanya satu pusat pemindahan dibuka membabitkan Dewan Serbaguna Dr Johnicol yang menampung 33 mangsa daripada 14 keluarga dari Rumah Buma, Entalun yang ditenggelami air," kata kenyataan itu di sini pagi ini.

Menurut kenyataan itu, terdapat 388 mangsa daripada 119 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan di Sibu setelah lapan kawasan di bahagian itu terjejas banjir.

Di Mukah pula, kata kenyataan itu, tiga pusat pemindahan diaktifkan bagi menampung 271 mangsa mambabitkan 84 keluarga dari tujuh kawasan terjejas, manakala di Bintulu, 504 mangsa daripada 145 keluarga dari 18 kawasan berlindung di dua pusat pemindahan.

Tambah kenyataan itu, dua pusat pemindahan turut dibuka d Limbang bagi menangani tiga kawasan terjejas yang membabitkan 64 keluarga dan 271 mangsa. - UTUSAN ONLINE