Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi dinamakan Ops Noda yang dijalankan sejak 1 April lalu sehingga semalam.

Katanya, operasi dijalankan oleh pasukan JSJ, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah di Sibu, Miri, Kuching, Bintulu dan Padawan.

“Seramai 42 wanita warga asing ditahan itu terdiri daripada 16 Indonesia, 12 Vietnam, tujuh China dan tujuh Thailand, mankala 10 penjaga premis turut ditahan.

“Pelbagai barangan berkaitan aktiviti seksual juga dirampas dari premis yang berselindung di sebalik perniagaan pusat refleksologi ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE