Hakim Zaitul Anuar membenarkan kedua-dua suspek direman bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menyiasat mereka berhubung tender mengecat dan membaik pulih yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik di Miri pada April 2015.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap tiba di mahkamah diiringi pegawai SPRM pada pukul 10.09 pagi.

Semalam, suspek merupakan seorang jurutera dan juruteknik kanan HDC berusia 39 dan 59 tahun telah ditahan bersama seorang pengurus berusia 49 tahun yang dilantik untuk melaksanakan projek tender berkenaan.

Mereka ditahan dalam operasi sekitar pukul 12 tengah hari hingga 1.20 petang.

Difahamkan, tender tersebut telah dibuka oleh HDC Sarawak pada 2015 bagi kerja-kerja mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah flat 2 tingkat di Miri yang terbakar dan sebanyak  10 permohonan diterima dengan sebuah syarikat kemudiannya dilantik melalui nilai tawaran harga melebihi RM2 juta.

Walau bagaimanapun syarikat itu melantik sebuah lagi syarikat sub kontraktor milik individu lain bagi melaksanakan kerja-kerja mengecat dan membaiki kerosakan 47 blok bangunan.

Pada 2016, syarikat terbabit telah membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM11,969 kepada HDC sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan. - UTUSAN ONLINE