Kedudukan tong sampah tersebut antara pertemuan Jalan Bangau dan Jalan Bangau amat strategik sekali gus memudahkan mereka menggunakan kemudahan yang akan disediakan itu.

Malangnya terdapat mereka yang seakan tidak menghargai dan memanfaatkan sepenuhnya tong sampah itu apabila sisa buangan di buang di luar tong sampah.

Tidak diketahui adakah ini disebabkan tong disediakan sudah penuh atau tidak cukup menampung kapasiti sampah yang dibuang penduduk di situ atau pun pihak luar.

Boleh dilihat pelbagai jenis sampah dibuang sesuka hati dan dilonggokkan di bahagian tepi tong sampah awam berkenaan hingga menjejaskan pemandangan dan menimbulkan bau busuk.

Sikap seperti ini sangat dikesali dan sekiranya perlu, pihak berkenaan harus menambah tong sampah atau menyediakan tong sampah yang lebih besar untuk kegunaan mereka.

Sekiranya tabiat itu tidak dibendung, orang ramai akan mengambil jalan mudah dengan terus membuang sampah di kawasan tersebut tanpa rasa malu dan bersalah.

PENDUDUK KAMPUNG SEPAKAT