Penyelaras projek yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Simpang Kuala, Rohana Yusof berkata, program julung-julung kali diadakan sejak penubuhan sekolah itu pada tahun 1989 menelan kos sebanyak RM8,000, hasil kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu,

“Turut digunakan untuk masakan itu ialah 20 kilogram udang, 2,000 batang sosej, lobak merah dan brokoli sebanyak 70 kilogram, cili kering, bawang besar, serai, halia, santan dan 100 biji telur ayam.

“Proses penyediaan dan masakan dilakukan seawal jam 8 pagi secara gotong royong dan hanya mengambil masa dua jam untuk penyediaan di atas meja sepanjang 156 meter di tapak perhimpunan sekolah,” katanya ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan Lima, Ahmad Kamal Omar berkata sangat teruja untuk menikmati makanan laut apatah lagi makan bersama rakan dan guru-guru pada sambutan hari guru kali ini.

Seorang lagi pelajar Tingkatan Lima, Nor Fatihah Nasrul Annuar pula berkata,beliau tidak menyangka guru sekolah sanggup meraikan hari guru dengan sambutan luar biasa.

“Kami juga turun membantu guru menyediakan makanan ini dan apa yang berlaku hari ini akan tersimpan di dalam memori kami apabila tamat sekolah nanti,” katanya. -BERNAMA