Beliau mengambilalih tugas berkenaan daripada Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa yang bersara wajib hari ini setelah berkhidmat selama 40 tahun.

Majlis serah tugas itu berlangsung sebentar tadi di Dewan Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini dengan disaksikan Ketua Polis Negeri, Datuk Asri Yusoff.

Ketika ditemui Saifi memberitahu, pihaknya berikrar menangani sebarang jenayah amat mencabar di Sungai Petani berbanding daerah-daerah lain di negeri ini.

“Saya sedia untuk melakukan perkara-perkara kebaikan di samping mematuhi beberapa matlamat dikehendaki oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sehingga memberi kepercayaan kepada saya memegang jawatan itu,” katanya.

Saifi yang juga sebelum ini adalah Timbalan Ketua Polis Kuala Muda berkata, semua anggota polis dan masyarakat dapat memberikan sokongan padu serta kerjasama lebih erat bagi memastikan daerah Kuala Muda sentiasa selamat.-UTUSAN ONLINE