Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jamelia Ungung, 84, yang dikatakan mencari daun berkenaan di hutan berhampiran kira-kira 2 petang Ahad, dijumpai pukul 11.08 pagi tadi kira-kira 2.5km dari rumahnya di pulau itu.


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa melibatkan sepasukan Bomba dan Penyelamat Beluran, polis dan penduduk kampung tamat pada pukul 11.40 pagi selepas Jamelia diserahkan kepada keluarganya.


Anggota keluarga membuat laporan polis tentang kehilangan warga emas itu pada Isnin lepas dan gerakan SAR dilancarkan, namun gagal menjumpai mangsa.


Susulan itu, polis memaklumkan JBPM pada 5.35 pagi Selasa untuk membantu operasi SAR itu. - BERNAMA