SAIMAH MANTOGU
SAIMAH MANTOGU

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, Saimah Mantogu, 38, ditemukan dalam keadaan tergantung oleh teman lelakinya sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1, di sini untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, semasa wanita berkenaan tiba di wad kecemasan pukul 9.46 malam, seorang pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa dipercayai akibat menggantung diri.

“Sehubungan itu, pegawai perubatan tersebut segera membuat laporan polis,” katanya hari ini.

Tambah Chandra, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca mangsa membunuh diri,” jelasnya.

Mayat mangsa kini berada di hospital berkenaan untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE