Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mohd Izaimi Md. Daud berkata, kampung tersebut ialah Kampung Siasai Tamu, Bobot, Ejuk, Kota Belud, Menunggui, Linau dan Gunding.

“Setakat ini empat mangsa banjir iaitu masing-masing seorang wanita dan kanak-kanak perempuan serta dua kanak-kanak lelaki telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Tun Said,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya, Sungai Tempasuk dan Abai menunjukkan paras bahaya manakala Jalan Kampung Bobot dan Siasai Tamu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Tambah Mohd. Izaimi, anggpta APM akan melakukan pemantauan secara berkala di lokasi banjir kilat tersebut dari masa ke semasa. - UTUSAN ONLINE