Pengerusinya, Datuk Jamal Tun Sakaran berkata, keputusan tersebut dibuat selepas melihat aksi tidak senonoh dua wanita tersebut yang mencemar kesucian masjid berkenaan.

“Pihak pengurusan tertinggi masjid menzahirkan rasa sangat kesal dengan tindakan segelintir pelancong tersebut meskipun sudah diberi penerangan perilaku dan tertib di sekitar masjid.

“Semua bas ekspres, kenderaan pengangkutan Grab dan teksi tidak dibenarkan membawa pelancong ke kawasan dan sekitar masjid kecuali teksi yang sudah berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Video berdurasi sembilan saat yang tular di media sosial itu menunjukkan dua wanita berkenaan yang dipercayai pelancong asing melakukan aksi tidak senonoh tersebut di atas pagar tersebut dengan berlatar belakangkan masjid.

Sementara itu, Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS) akan membuat laporan polis berhubung insiden itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu petang ini. - UTUSAN ONLINE