Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ryan Sagiran Rayner Jr bermula hari ini sehingga 21 Januari ini.

Suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita itu ditangkap semalam di sekitar Lahad Datu dan Semporna antara pukul 10.20 pagi hingga 12.45 tengah hari.

Kos kontrak itu yang melibatkan suspek lelaki bernilai RM5,340,000 manakala kontrak bagi suspek wanita RM2,610,250 iaitu masing-masing tendee pembekalan makanan bermasak bagi sekolah harian asrama dan sebuah kolej di sini sejak tahun 2016.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau 20 tahun penjara. - BERNAMA