Beliau berkata ini bagi memastikan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan di Telipok Ahad lepas tidak berulang.


"Saya menggesa pihak berkuasa terutamanya polis supaya tingkatkan keselamatan bukan hanya di kawasan Telipok tetapi di semua kawasan di negeri ini.


"Kita bimbang kenapa kejadian sebegini boleh terjadi...saya fikir polis sedang menyiasat apakah motifnya dengan menjadikan kanak-kanak itu sebagai tebusan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata ibu bapa juga perlu menjaga anak-anak mereka.


Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, seorang lelaki dianggarkan berusia 30-an menjadikan kanak-kanak berusia dua tahun tebusan dengan mengacukan pisau pada lehernya di tingkat 4 pangsapuri di Taman Telipok Ria, Tuaran.


Lelaki itu kemudian ditembak mati oleh polis selepas enggan menyerahkan kanak-kanak terbabit.


Keadaan kanak-kanak itu kini stabil dan dirawat pakar di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas. - BERNAMA