Ketiga-tiga mereka ialah Ariusdius Jais, Evan Wensley Wenceslaus dan Jordan Ollerenshaw yang kini sudah pun menyertai kem latihan di Wisma FAM di Kelana Jaya.

Mereka merupakan antara 26 pemain yang disenarai pendek untuk skuad bawah 22 tahun negara.

Pada penghujung November lalu, ketiga-tiganya juga merupakan antara 30 pemain di bawah perhatian Kim Swee, namun hanya Ariusdius dan Evan yang terpilih untuk beraksi pada kejohanan bawah 21 tahun di Nah Trang, Vietnam bulan lalu.

Selepas ini, Kim Swee akan membawa anak-anak buahnya ke Thailand bagi beraksi pada tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Bangkok. - UTUSAN ONLINE