Majistret Rosmaini Osman membenarkan permohonan Penolong Kanan Penguasa SPRM Shuhaimi Abd Manaf untuk menahan reman lelaki berusia 28 tahun itu sehingga 23 Jan ini.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai tuntutan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - BERNAMA