Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, sebanyak 10 buah rumah runtuh dan musnah dihanyutkan banjir di Kampung Pampang manakala 10 lagi di Kampung Contoh dimasuki air.

“Bagaimanapun, semua penghuni rumah yang terlibat telah bertindak awal berpindah ke rumah saudara masing-masing.

“Kawasan lain yang turut terjejas ialah Kampung Limbawan,” katanya di sini malam ini.

Menurut JBPM lagi, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Jelasnya, bertindak atas maklumat itu, bomba bergegas ke kampung berkenaan menggunakan dua buah jentera dan satu utiliti yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 1, Jaree Mohd. bersama tujuh anggota.

Kata JBPM lagi, pihaknya terus membuat pemantauan di kawasan terjejas itu sambil mengesahkan tiada mangsa yang terperangkap. - Utusan Online