Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata dalam serbuan itu, PPM menemui rokok

Omar Mammah
Omar Mammah 

dan minuman keras terdiri daripada pelbagai jenama serta mercun yang dipercayai untuk diedarkan di negeri ini.


Beliau berkata sebanyak 114,350 bungkus rokok dirampas dan antara jenama rokok itu termasuk wifi menthol, wifi merah, era hijau, D(amp)J serta canyon manakala 2,746 kotak minuman keras terdiri daripada pelbagai jenama antaranya carlsberg, tiger tin, chivas dan heineken serta mercun bola, songster dan crazybang M005.


"PPM turut menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing berumur lingkungan 20-an hingga 40-an dan kini ditahan reman untuk disoal siasat bagi mengenal pasti rangkaian sindiket ini," katanya dalam sidang media di Markas PPM di Kepayan, di sini hari ini.


Omar berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 (pindaan 2018) iaitu menyimpan barang-barang larangan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda minimum RM100,000.


Sementara itu, Komander PPM Bukit Aman SAC Mohd Yusoff Mamat berkata sepanjang tahun lalu PPM menjalankan 3,316 operasi di seluruh negara melibatkan 4,315 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM88.6 juta.


Beliau berkata kes itu melibatkan beberapa akta antaranya di bawah lain-lain akta yang berkuatkuasa di Malaysia sebanyak 1,662 kes, Akta Perikanan 1985 (1,434), Akta Imigresen 1959/63 (396), Akta Dadah Berbahaya 1952 (382), Akta Kastam 1967 (259), Akta Kawalan Bekalan 1961 (135) dan ATIPSOM 2007 (pindaan 2010) (47).


"Ini merupakan kejayaan besar bagi PPM dan kami akan tingkatkan keberhasilan ini sesuai dengan moto PPM iaitu 'tiada hari tanpa keberhasilan'," katanya.- BERNAMA