Menurut kenyataan polis di sini, Jusman Amir, 29, warga Indonesia, berjaya membuka gari berantai yang dipasang di tangannya semasa proses memuatkan tahanan terbabit ke dalam trak polis untuk ke penjara berkenaan.


Kejadian yang berlaku kira-kira 3.40 petang itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Sandakan Supt Abdul Fuad Abdul Malek.


Suspek yang dipercayai melarikan diri ke arah kawasan semak di Taman Khong Lok, Batu 7, di sini, dibawa dari IPD Beluran ke Mahkamah Majistret Sandakan untuk dituduh di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah.


"Semasa melarikan diri, suspek yang berbadan kurus, berkulit gelap dan mempunyai misai serta janggut pendek itu memakai sehelai baju hitam bertulis 'Sex Pistol' dan seluar pendek berwarna putih.


"Suspek juga mempunyai tatu di bahagian lengan tangan kiri," menurut kenyataan itu.


Operasi untuk mengesan dan menangkap suspek dijalankan serta-merta oleh polis dari IPD Sandakan dengan kekuatan dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Tugas Am dengan bantuan unit anjing pengesan (K9).


Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta segera menghubungi polis di talian 089-212222. - BERNAMA