Presidennya, Datuk Zulkifli Jaafar berkata, Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman sebagai pemimpin nombor satu negeri telah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan untuk membangunkan Sabah sama ada di bandar atau luar bandar.

Katanya, pembangunan pesat Sabah yang turut dirasai dalam bidang pendidikan adalah hasil dasar-dasar yang beliau laksa­nakan bersama barisan kepe­mimpinan BN di seluruh negeri.

“Ketua Menteri telah memberikan perhatian yang tinggi dalam membangunkan fasiliti pendidikan negeri melalui pembukaan politeknik, kolej tempatan dan kolej universiti termasuk di bawah kelolaan Yayasan Sabah.

“Tidak boleh dilupakan adalah pembangunan Sandakan se­bagai hab pendidikan, menjadikan bidang pendidikan dapat diakses oleh semua orang termasuk kanak-kanak di luar bandar,” ka­tanya dalam satu ke­nyataan selepas melakukan kunjungan hormat bersama ahli-ahli persa­tuan itu ke atas Musa, di Sri Gaya semalam.

Menurut Zulkifli, antara dasar yang paling berjaya dilaksanakan adalah memastikan pembangunan mapan dengan mempelbagaikan sektor ekonomi negeri kepada pelancongan, pertanian dan pembuatan, bukan sahaja tertumpu dalam satu industri semata-mata.

Katanya, kerjasama baik antara Kerajaan Pusat dan negeri juga membawa manfaat kepada rakyat Sabah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan banyak peruntukan untuk membangunkan infrastruktur asas di seluruh negeri Sabah.

“Kita dapat lihat sekarang pembangunan pesat dilakukan di seluruh Sabah hasil usaha Ke­tua Menteri dan kepemimpinan BN Pusat serta negeri.

“Bagi mewakili setiap ahli persatuan ini, saya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau (Musa Aman) untuk meneruskan kepimpinannya mentadbir Sabah selepas ini,” katanya.