HAZANI GHAZALI
HAZANI GHAZALI

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya memberikan tempoh satu bulan bermula hari ini kepada semua pengusaha tersebut untuk memasang peralatan berkenaan atau bakal berdepan dengan tindakan tegas sekiranya masih ingkar.

Katanya, langkah tersebut dilaksanakan bagi mempertingkatkan tahap keselamatan para pelancong yang menggunakan perkhidmatan bot semasa perjalanan dari jeti ke pulau-pulau peranginan terutama bagi aktiviti selam skuba.

"Pihak Esscom bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain akan melaksanakan operasi dan memeriksa semua bot-bot pelancongan dan resort selepas ini.

"Tindakan tegas akan  diambil terhadap mana-mana syarikat atau pengusasa bot dan resort yang didapati masih gagal mematuhi arahan pemasangan AIS ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.