Gambar wanita tersebut bersama seorang lelaki dipercayai pasangannya yang dirakam orang awam tengah hari ini mula tersebar di dalam aplikasi Whatsapp sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Lokasi gambar tersebut dirakam dipercayai di sebuah restoran terkemuka di Asia City, namun sehingga kini masih belum ada apa-apa aduan diterima oleh pihak berkuasa.

Seorang pengunjung restoran itu, Rayner Joseph, 35, berkata, dia dan rakan-rakannya terkejut ketika melihat pasangan berkenaan, namun kedua-duanya langsung tidak mempedulikan pandangan orang ramai.

“Masa itu kami sedang makan apabila wanita itu datang hanya memakai baju dengan seluar dalam sampai tumpuan semua pengunjung di situ terganggu.

“Mungkin sebab cuaca panas dia tidak memakai seluar atau memang mungkin budaya mereka macam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui petang ini. - UTUSAN ONLINE