Perasmian tersebut disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Karamunsing, di sini.

Pengerusi Amanah Raya, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk memudahkan semua pihak khususnya warga negeri ini selain dapat mempertingkatkan kesedaran mengenai kepentingan perancangan pewarisan.

“Atas dasar keprihatinan Amanah Raya, kita telah berpindah ke lokasi ini dan tampil dengan wajah baharu dengan lokasi yang lebih strategik, persekitaran kondusif dan fasiliti yang lebih lengkap,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya, Adenan Md. Yusof. - UTUSAN ONLINE