Anugerah tersebut disampaikan Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2015/2016 di sini malam tadi.

Musa ketika berucap di majlis itu berkata, pembangunan sukan adalah agenda yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan melalui penyediaan pelbagai peruntukan dan kemudahan khas.

Beliau berkata, kemampuan atlet negeri ini menyumbang lapan pingat emas, perak dua dan enam gangsa dalam Sukan Sea Ke-29 di Kuala Lumpr baru-baru ini membuktikan kejayaan program-program sukan yang telah dilaksanakan.

“Pelbagai insentif telah diberikan sebagai penghargaan dan suntikan semangat kepada semua atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri serta sebagai sumber inspirasi dan pendorong kepada atlet pelapis.

“Justeru, saya berharap agar pada temasya sukan akan datang, atlet negeri ini akan terus melakar kejayaan cemerlang dan mengekalkan tradisi sebagai sebuah neeri disegani dalam arena sukan negara,” katanya.

Dalam majlis anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) itu, atlet karatedo, Ricky Leong Tze Wei dan pemanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahagawati Sabah.

Kedua-duanya menerima wang tunai RM5,000, blazer kuning, piala pusingan, piala iringan dan sijil.

Sementara itu, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik pula diraih Felicia Mikat dalam bidang olahraga serta pemajn badminton, Didin Tareson.

Kategori Olahragawan dan Olahragawati Harapan dimenangi Muhammad Shauqi Azmi dab Marceeta Marylin Marcus yang masing-masing terlibat dalam acara memanah dan angkat berat.

Pemenang lain dalam majlis tersebut ialah Tony Sawan (Jurulatih Terbaik), Kesatuan Ragbi Sabah (Persatuan Sukan Terbaik), pasukan sepak takraw wanita (Pasukan Wanita Terbaik) dan pasukan ragbi (Pasukan Lelaki Terbaik).

Anugerah Wartawan Sukan Terbaik pula diraih Vitalis Bingkasan dari Utusan Borneo (Penulisan Bahasa Melayu), Francis Xavier dari New Sabah Times (Penulisan Bahasa Inggeris, Ho Chih Wei dari See Hua Daily (Penulisan Bahasa Cina) dan wartawan RTM, Roszlan Hussain bagi kategori Media Multimedia. - UTUSAN ONLINE