MIZMA APPEHDULLAH

Mizma berkata, projek pembinaan masjid itu merupakan salah daripada sembilan teras manifesto Aku Janji Mengabdi Bersama Rakyat yang digariskan oleh beliau jika diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil rakyat Tungku kali ini.

“Saya pernah merujuk tentang hal ini kepada pihak bertanggungjawab dan apabila saya diberi mandat itu, saya akan mengusahakan supaya pembinaan masjid daerah kecil Tungku ini dipercepatkan bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Ini kerana, pincangnya sesuatu kawasan ialah apabila masjid yang menjadi simbol kekuatan dan kemakmuran Islam tidak didirikan di kawasan itu,” katanya semasa berucap pada majlis santai bersama pemimpin di Sekolah Agama Rakyat Kampung Dengan dekat sini semalam.

Majlis itu dihadiri kira-kira 80 guru sekolah agama dan imam-imam surau bagi DUN Tungku.

Mizma, yang juga Ketua Wa­nita UMNO Silam berkata, selain pembinaan masjid, beliau juga komited memperkasa sekolah-sekolah agama dalam usaha melahirkan anak-anak bangsa yang profesional, berjiwa Islam dan berjiwa rakyat.

Pada PRU-14, Mizma akan berdepan dengan calon Warisan, [email protected] Samsul Kamal Alian, Bulangan Panasi (HR) dan calon PKS, Abdul Rahman Taggoh.

Pada PRU-13, calon BN, Mohd. Suhaili Said menang kerusi tersebut dengan majoriti 5,484 undi dalam pertandingan lima penjuru. – BERNAMA