Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, sekolah-sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukau, SK Maraba, SK Weston, SK Lubok dan SK Lingkungan.

Beliau berkata, sebanyak 90 murid calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di kesemua sekolah berkenaan bagaimanapun masih dapat menduduki peperiksaan seperti biasa.

“Semua calon masih dapat menduduki peperiksaan hasil bantuan pihak berkuasa seperti bomba dan polis.

“Terdapat sebanyak 84 guru dan 692 murid di kelima-lima sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE