Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin berkata daripada jumlah itu seramai 263,092 adalah pelajar sekolah rendah termasuk 32,264 murid tahun satu manakala selebihnya pelajar sekolah menengah.

"Seramai 2,387 murid sekolah rendah terlibat dibawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 2,273 bagi sekolah menengah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata setakat ini semua operasi sekolah berjalan lancar dengan pemantauan oleh para pegawai JPNS serta pegawai pendidikan daerah.

Katanya, hasil lawatannya ke lima buah sekolah di Kota Belud hari ini mendapati operasi sekolah di kawasan itu juga berjalan seperti biasa. --BERNAMA