Pengurus PERKESO di Tawau, Joseph Immanuel berkata bantuan itu diberikan kepada pencarum yang menghadapi masalah termasuk kemalangan serta hilang pekerjaan.


"PERKESO juga memberikan bantuan bulanan kepada keluarga pencarum yang meninggal dunia iaitu isteri dan anak-anaknya sehingga berumur 21 tahun.


"Pada tahun lalu sahaja, lebih 50 keluarga menerima bantuan PERKESO," katanya ketika ditemui pemberita selepas program penyerahan bantuan wang pengkebumian kepada waris pencarum di sini, hari ini.


Pada program itu, Anggota Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman menyampaikan cek RM2,000 kepada Sitti Apa Brahi iaitu kepada Penolong Pesurujaya Pengakap Sabah, Saiful Foo yang meninggal dunia pada Ahad lepas.


Ma'mun turut memuji kecekapan PERKESO dalam mengesan dan bertindak membantu pencarum serta keluarga pencarum dengan menghulurkan bantuan segera serta bersesuaian dengan peraturan ditetapkan.


Sementara itu, beliau turut meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) peka dan mengesan keluarga pencarum yang meninggal dunia untuk bantuan segera.- BERNAMA