Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 11 pagi ini, Kimanis merekodkan kadar bacaan IPU 75, diikuti tiga daerah utama lain yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu Kota Kinabalu (70), Keningau (53) dan Sandakan (52), manakala pulau bebas cukai Labuan pula mencatat IPU 53.

Kadar bacaan IPU di Tawau pula pada kategori baik iaitu 34.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di Sabah boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam.

- BERNAMA