Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, IPU di Kota Kinabalu ialah mencatat kadar paling tinggi iaitu 68, diikuti Keningau (65); Kimanis (61) dan Sandakan (52).

Sementara itu, pulau bebas cukai di Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan IPU 66 dan masih diperingkat yang sama.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di negeri ini boleh merujuk laman web http://apims.doe.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam. - UTUSAN ONLINE