Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya tindakan itu adalah bertujuan meningkatkan keupayaan kerajaan mendapatkan hasil optimun daripada industri tersebut selain mengenalpasti ketirisan yang berlaku.

“Buat masa ini, hasil kerajan negeri menerusi indusrti kayu dilihat tidak begitu banyak, namun ia langsung tidak memberi kesan kepada pendapatan kerajaan negeri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Masiung Banah (BN-Kuamut) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu Masiung bertanya mengenai adakah tindakan kerajaan negeri yang mengharamkan sementara eksport balak tidak menjejaskan pendapatan sumber pendapatan kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, langkah itu juga bagi memastikan sektor perhutanan dapat menyumbang dan memberikan faedah maksimum kepada rakyat secara keseluruhannya.

“Bagi tujuan ini, kerajaan akan menjalankan kajian secara mendalam memastikan khazanah hutan Sabah sentiasa dilindungi dan diurus secara mampan disamping bagi memastikan bahan mentah kayu yang mencukupi untuk keperluan semasa industri berasaskan kayu di negeri ini dapat dibekalkan secara berterusan.

“Isu ini juga penting untuk menjamin kelestarian industri ini dalam menghasilkan produk berasaskan kayu dan sumbangannya dalam meningkatkan produkativiti industri hiliran dalam mengeluarkan produk tambahan nilai yang lain. - UTUSAN ONLINE