Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, keterangan kedua-dua individu terbabit dirakam pada Rabu lalu dan proses siasatan masih dijalankan.

“Kita telah ambil keterangan mereka dan siasatan masih dijalankan. Setakat ini, tiada tindakan dikenakan terhadap mana-mana pihak kerana kes masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pelakon tersebut seperti dilaporkan media baru-baru ini mendakwa dia hampir diculik lanun ketika penggambaran filem Paskal di pangkalan hadapan Tun Sharifah Roziah, Semporna baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kejadian tidak diingini terjadi dan proses penggambaran juga berjalan dengan lancar.

Pihak berkuasa Esscom menafikan dakwaan pelakon terbabit dengan menyifatkan sebagai mengelirukan, mengundang persepsi negatif dan hanya gimik promosi untuk menarik publisiti murahan daripada masyarakat. - UTUSAN ONLINE