Dalam kejadian 8.30 pagi itu, empat daripada lima mangsa yang menaiki lori Isuzu berkenaan cedera parah dan mangsa berkenaan adalah Samsiah Husin, 40; Azroy, 21; Aznadi Mohd Nor, 22; dan Fauzilah,16; manakala pemandunya hanya cedera ringan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Pegawai Bomba Kanan I Abu Bakar Taraji ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.43 pagi sebelum 10 anggota menggunakan jentera FRT dan EMRS digerakkan ke lokasi kejadian.

"Jarak operasi menyelamat sejauh 27 kilometer dan sebaik tiba didapati terdapat tujuh mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dengan lima mangsa berada di dalam lori Isuzu dan dua mangsa lagi dalam treler," katanya operasi tersebut ditamatkan pada 9.45 pagi.

Sementara itu kesemua mangsa cedera parah dan cedera ringan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan lanjut. - BERNAMA