Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, IPU Putatan ialah 71, diikuti Bongawan, 64, Keningau, 59 dan Sandakan, 52, manakala pulau bebas cukai, Labuan pula mencatat IPU 72.

Sementara IPU di Tawau pada kategori baik iaitu 47.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di negeri ini boleh merujuk laman web http://apims.doe.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam. - BERNAMA