Dalam tangkapan itu, reptilia berkenaan baru sahaja membaham seekor anjing sebelum ditangkap sepasukan anggota polis bantuan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira pukul 7 malam.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu, buaya berkenaan akan dibawa ke pejabat Jabatan Hutan Liar negeri berdekatan.

SEEKOR buaya seberat kira-kira setengah tan ditangkap di persisiran pantai di kawasan Pantai Felda S
SEEKOR buaya seberat kira-kira setengah tan ditangkap di persisiran pantai di kawasan Pantai Felda Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah semalam.- UTUSAN ONLINE/ IHSAN APM

“Kita ada menerima maklumat buaya ditangkap di pesisir pantai di Lahad Datu dan saya telah meminta pegawai kami melakukan pemantauan di lokasi.

“Buat masa ini, haiwan itu masih di pejabat APM daerah,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Augustine berkata, jantina buaya berkenaan masih belum dikenal pasti dan kepanjangannya kira-kira lima meter serta memiliki berat yang mencecah lebih 500 kilogram.

Dalam pada itu, menurut sumber APM, buaya berkenaan mengambil masa kira-kira dua jam untuk dijinakkan sebelum dibawa ke kawasan darat.

“Kelibat buaya itu dilihat orang awam kira-kira pukul 6 petang sebelum ditangkap dan operasi tamat pada pukul 9 malam,” kata sumber itu. - UTUSAN ONLINE