Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, bagaimanapun bom yang dijumpai pada pukul 7 pagi itu telah dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Tawau pada pukul 3 petang semalam.

“Bom berkenaan dipercayai digugurkan sewaktu operasi menentang penceroboh di Kampung Tanduo, di sini pada tahun 2013 dan tidak meletup,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah menambah, pemeriksaan turut dijalankan di sekitar kawasan penemuan bom tersebut bagi tujuan keselamatan. - UTUSAN ONLINE