Christina Liew
Christina Liew 

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Tawau, berkata, perkara itu menjadi keutamaannya dalam usaha menjana lagi ekonomi di daerah ini untuk manfaat penduduknya.

"Sudah tentu saya akan bekerja keras bagi memastikan lebih ramai pelancong khususnya dari China yang datang ke kawasan pantai timur singgah satu atau dua malam di Tawau," katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Tawau di sini, malam tadi.

Justeru, beliau berkata agensi dan pengusaha pelancongan di negeri ini digesa memainkan peranan dan berganding bahu bagi merealisasikan hasrat itu.

Daerah ini juga mempunyai tarikan pelancongan, hasil kraftangan dan kebudayaan termasuk menawarkan pilihan makanan laut.

Mengenai majlis itu, Liew berkata sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan di seluruh negara menjadi antara acara yang boleh menyatupadukan masyarakan berbilang kaum dan kepercayaan.

"Kita di Malaysia khusus di Sabah mempunyai banyak perayaan mengikut kepercayaan masing-masing dan disambut bersama menunjukkan kita hidup dalam keadaan harmoni," katanya. - BERNAMA