Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan di sini, mangsa yang dipindahkan itu dari Kampung Tolungan Pamol.


Mangsa kekal di pusat pemindahan sementara itu, walaupun keadaan banjir di kampung mereka semakin pulih.


"Agensi berkaitan seperti APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan polis sentiasa membuat pemantauan," kata kenyataan itu.


APM turut menjangkakan operasi akan tamat dalam masa terdekat. - BERNAMA