Pegawai Operasi APMM di Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Madya Maritim Mohd Feerdaus Daud berkata kesemua mereka yang berumur antara 31 hingga 42 tahun itu ketika ditahan sedang leka menangkap ikan kira-kira 1.4 batu nautika tenggara dari Tebah Batang pada pukul 9.30 malam.


"Semasa pemeriksaan, kesemua mereka mengemukakan dokumen diri yang sah, namun lesen bot yang dikemukakan pula didapati melanggar syarat lesen iaitu bot tersebut perlu menangkap ikan di jarak 3 batu nautika dari daratan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Mohd Feerdaus berkata tangkapan itu merupakan sebahagian langkah pencegahan kepada pelanggaran Akta Perikanan 1985 di laut.


Tegasnya lagi, Maritim Malaysia akan terus menggandakan usaha mencegah berlakunya sebarang kejadian di laut termasuk mengekang pencerobohan bot nelayan asing terutamanya di Sabah. -BERNAMA