Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata APMM yang sedang menjalankan tugas rutin mendapati sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Juragan bot pam yang menyedari kehadiran anggota APMM cuba untuk melarikan diri bagaimanapun bot berkenaan berjaya dipintas bot APMM," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Norrimi berkata hasil pemeriksaan ke atas bot pam itu menemui dua awak-awak berusia dalam lingkungan 30-an dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata nilai rampasan dianggarkan bernilai RM12,000 dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1969/63.

Dalam pada itu, Norrimi berkata ia merupakan tangkapan pertama pada tahun ini melibatkan aktiviti penyeludupan di Semporna manakala pada tahun lepas APMM berjaya mengagalkan dua cubaan untuk menyeludup minyak keluar dari daerah itu.

"Orang ramai diminta untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan ke Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999," katanya. - BERNAMA