Terdahulu, Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali mewakili ahli dewan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

Katanya, pemergian allahyarham merupakan suatu kehilangan buat negeri ini kerana terkenal sebagai tokoh agama.

Allahyarham Mohd. Suhaili yang merupakan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Datin Dayang Sofia Datu Jamiuddin serta anak-anak di Hospital Gleneagles di Ampang pada 24 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE