Majlis lafaz IBR peringkat Kontinjen Sabah diketuai Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Razarudin Husain sambil disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Sazali Salbi di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.


Menurut Razarudin, majlis itu menunjukkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memerangi rasuah dalam kalangan pegawai dan anggotanya. 


“Kita juga tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku rasuah. Melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kita memantau salah laku dan tatatertib pegawai serta anggota polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis IBR di sini hari ini. 


Sementara itu, Sazali berkata, SPRM terbuka dengan komitmen PDRM untuk membantu membanteras rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan entiti tersebut. 


Katanya, buat masa ini, sebanyak 56 kertas siasatan dibuka SPRM melibatkan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa terutama melibatkan penjawat awam. - UTUSAN ONLINE.