Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

3,000 dijangka hadiri sambutan Hari Belia Sabah

AWANG DAMIT AWANG ANAK (kanan) beramah mesra dengan para peserta
AWANG DAMIT AWANG ANAK (kanan) beramah mesra dengan para peserta Sambutan Hari Belia peringkat negeri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 19 Mei – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah menjangkakan 30,000 belia hadir ke pameran kemahiran dan keusahawanan sempena Sambutan Hari Belia peringkat negeri yang bermula hari ini.

Pameran berlangsung selama tiga hari sehingga 21 Mei itu diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas di sini dan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, esok.

Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan negeri, Awang Damit Awang Anak berkata, selain sambutan Hari Belia 2017, pihaknya turut menganjurkan pameran kemahiran dan keusahawanan bagi menyediakan pelbagai maklumat mengenai pengajian, peluang pekerjaan dan keusahawanan.

Menurutnya, pameran itu mampu memberi nilai tambah dan manfaat kepada para belia untuk meneroka sesuatu yang baharu.

“Sehubungan itu, saya berharap para belia tidak melepaskan peluang untuk hadir ke program ini kerana pelbagai agensi kerajaan, swasta, pusat kemahiran dan keusahawanan turut serta dalam pameran ini.

“Saya yakin para belia akan mendapat manfaat sekali gus membuat peluang untuk meneroka pasaran kerja atau bidang keusahawanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mewakili Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dalam majlis prapelancaran Sam­butan Hari Belia peringkat negeri di sini hari ini.

Tambah Awang Damit, penglibatan agensi kerajaan dan swasta sangat memberangsangkan dalam usaha memberi maklumat terkini berkaitan agensi masing-ma­sing sekali gus peluang pekerjaan kepada para belia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain