Kesemua murid itu berada di bawah pengawasan dua guru termasuk seorang guru penyelia petang di tingkat satu sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, kesemua murid dan guru berada dalam keadaan baik dan telah diberikan bantuan makanan daripada pihak kantin sekolah.

"Saya sedang menunggu laporan daripada pihak pengurusan sekolah. Bagaimanapun kesemua murid dan guru dalam keadaan baik.

"Kesemua murid sesi petang sekolah itu ditempatkan di tingkat satu selepas laluan masuk ke sekolah tersebut digenangi air akibat hujan lebat.

"Ibu bapa murid berkenaan telah dimaklumkan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hujan lebat sekejap-sekejap yang melanda bandar raya ini sejak petang tadi mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri sedang mengumpul maklumat mengenai kawasan-kawasan yang dinaiki air selain kejadian tanah runtuh.

Bagaimanapun katanya, terdapat jalan yang terputus akibat dinaiki air seperti Jalan Kampung Darau, Kampung Rampayan, Alamesra, Jalan Saga,  Jalan Pasir, Kampung Delima dan beberapa kawasan di Menggatal.

Senarai sekolah yang dilanda banjir setakat pukul 9 malam ini.

PPD KOTA KINABALU

1. Sk Darau..                                         
2. Sk Rampayan
3. SK.Gudon
4. SK Kitobu
5. SMK Tmn Tun Fuad


PPD PENAMPANG:
6. SK SUGUD

PPD TUARAN:

7. SK LAPOTUNG
8. SK RUNGUS
9. SJKC CHUNG HWA,TENGHILAN